Sukses Bisnes Kosmetik Dengan Cara Yang Betul & Ada Ilmu

Sukses Bisnes Kosmetik Dengan Cara Yang Betul & Ada Ilmu

Ramai orang tanya saya, kenapa banyak sangat produk brand keluar bagai cendawan tumbuh selepas hujan? Antara soalan2 lain ialah:

1. Bole percaya ke produk ni dari kilang gmp atau macam mana?
2. Dan memang bole ke buat brand sendiri moq 50pcs ke?
3. Betulke buat bancuhan kat rumah, lepas tu senang je dapat kkm kat ulat token? Begitu mudah?
4. Tak tahu nak percaya produk mana sebab dah banyak sgt produk kat market.bole percaya ke?

Sebebarnya buat jenama sendiri ni dah lama dah di kalangan kaum cina. Apa yg kak long tau 20tahun lepas, kilang gmp kosmetik ni hanya ada kilang chinese je. Kilang melayu satu atau 2 je, itupun formulation masih lagi baru nak bertatih. Formulation kilang chinese ni dah maju ke depan.

Apa yang kak long study pasal attitude kilang chinese ni, dia cukup jaga market dia. Walaupun dia kilang tapi dia tak ada nak iklan sana sini kata ada formula buat produk, moq dia tinggi 3000pcs utk satu item dan paling kurang pun 1000pcs.

Agak2 taux kenapa dia buat moq tinggi? Sebab dia xnak pecah market. Dia layan cust yang betul2 mampu untuk berniaga dan serius nak berniaga. Sebab dia nak long term punya biz.

Sebenarnya chemist kilang chinese ni power, tapi dia simpan chemist dia diam2 dalam lab buat keje, xadanya nak buat kelas formula sana sini expose pada orang. Sebab tu dulu, melayu kita xtau pun pasal nak buat brand sendiri ni. Sebab rahsia dijaga dgn rapi.

5tahun kebelakangan ni, wujudla kilang2 melayu yang menghasilkan jenama sendiri ni. Kilang2 melayu ni struggle belajar buat formulation dan sejak 2 tahun kebelangan ni pulak wujudla formulator yang buat bancuhan kat umah dan pihak2 ketiga yang ingin cepat kaya yang kononnya bole buat moq 50pcs (tak ada pun kilang).

Bila dah banyak sgt offer service2 yang mengarut, maka hasil kat market pun jadi mengarut. Yang kesian, founder yang dijanjikan bulan dan bintang, kononnya buat brand sendiri bole jutawan macam oh abang kosmetik. Orang xcerita kisah pahit dan betapa susahnya nak market kan brand sendiri.

Moq 50pcs ko nak jadi peniaga apa dik. Memangla nak mula kecil kecilan, tapi biarlah mengikut process yang betul.

Nasihat saya pada mereka yang nak jadi founder produk kat luar sana, carilah kilang yang betul2 untuk advice ur produk. Biz jenama sendiri ni mencabar dan perlukan persediaan mental dan fizikal yang kuat semangat.

Bukan dapat complain satu dari customer pastu gelabah blame sana sini. Fahami betul2 seni biz jenama sendiri ni. Seni dia halus dan kalau berjaya memang satu nikmat yang sangat bernilai. Buatla mengikut proses yang betul. Tak tahu tanya pada yang pakar.

#AllTheBestToAll
#SusahNakJagaMarketMelayuIfBanyakSangatPihakOfferServiceMengarut
#KilangHalal100PeratusMuslim #GIMCosmetic

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *