Probiotik – Teknologi Baru dalam ‘Skin Care’

Probiotik – Teknologi Baru dalam ‘Skin Care’

Assalamualaikum dan hai semua. Okayy harini Mimi nak share tentang teknologi baru dalam skin care di Malaysia. Haaa di Malaysia masih baru la, tetapi di luar negara sana teknologi probiotik ini sudah pun diterima ramai. Contohnya, brand Some By Mi, 1004 Laboratory, dan Secret Key dari Korea. Manakala brand Aurelia, Tula, dan Estee lauder dari sebelah barat.

Sebenarnya jika nak disenaraikan, ada banyak lagi brand-brand luar yang telah pun mula meneroka teknologi probiotik ini. Namun, di Malaysia masih belum ada brand yang berani keluar untuk menaikkan teknologi ini. Di GIM Cosmetic, kita telah pun membawa masuk teknologi probiotik iaitu dari Lactococcus Ferment Lysate, dan Bacillus Ferment. Inilah masanya untuk anda membuka langkah untuk menjadi ‘trendsetter’ di Malaysia! 

Tentu ada yang masih belum jelas kan, apakah maksud probiotik yang Mimi sebut-sebut ni?Hehe. Ok, probiotik teknologi dalam skin care ni konsepnya sama sahaja seperti probiotik di dalam makanan dan minuman. Contoh yang paling senang adalah minuman probiotik Yakult, dan Vitagen yang sangat popular di mana probiotik mampu melancarkan system penghadaman kerana ia diambil untuk dalaman. Konsep yang sama juga digunakan sekian lama di dalam bidang perubatan di mana Doktor-doktor menggunakan teknologi probiotik untuk menyembuhkan pesakit-pesakit kulit, contohnya dari penyakit kencing manis.

Baiklah, khusus untuk skin care pula Mimi senaraikan kebaikan teknologi probiotik:
1. Menguatkan sistem ketahanan kulit dari partikel luar (pencemaran)
2. Membantu melegakan keradangan kulit (kemerah-merahan)
3. Mengekalkan kelembapan kulit
4. Mengembalikan keseimbangan pH yang sihat untuk kulit
5. Memulihkan struktur tisu kulit

Senang je kan nak dapatkan kulit yang sihat. Hehe. Gunakan produk-produk yang berasaskan probiotik, insyaallah anda pasti akan dapat lihat hasilnya iaitu kulit yang bebas cela, anjal, dan tentunya sihat semulajadi.

Sekian, untuk kali ini. Jumpa lagi di next entry!

#GIMCosmetic

#MimiSharing

 

Background photo created by freepik – www.freepik.com
 

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *