Kelebihan Ekstrak Bunga Sakura yang Ramai Tidak Tahu

Kelebihan Ekstrak Bunga Sakura yang Ramai Tidak Tahu

Assalamualaikum dan hai semua! Lama rasa tak sharing2 kan. Ada yang tunggu ke? Haha (>,<) Ok ok, kita teruskan ya. Harini Mimi nak celoteh sikit mengenai ekstrak bunga sakura yang cantik warna merah jambu tu. Sakura juga merupakan bunga kebanggaan negara timur sepertimana bunga ros yang mewakili negara barat.

Bunga sakura ni memang semua sedia maklum tidak dapat didapati di Malaysia. GIM Cosmetic bawa masuk ekstrak bunga sakura ni dari luar negara semata-mata khas untuk anda, pengasas-pengasas kosmetik dan penjagaan kulit yang kreatif dan bijaksana. Ambillah kesempatan ini cepat-cepat sebab kalau dah terlambat nanti bahan istimewa ni kena “lock”, maka melepaslah anda. Hehe.

Jom kita study sikit apa yang hebat sangat bunga sakura ni boleh buat sampai banyak jenama-jenama luar negara yang mula mengetengahkan bahan ini dalam barang kosmetik dan penjagaan kulit mereka. Antaranya, Garnier, Nivea, SK-II, Biore, L’Occitane dan banyak lagi. Tiba masanya untuk Malaysia pula tampil dengan formula yang berkualiti menggunakan bahan unik ini.

Antara kelebihan dan kebaikan bunga sakura:
1. Kaya dengan anti-oksidan yang berfungsi untuk menghalang radikal bebas yang
merosakkan sel kulit.
2. Membaiki tekstur sel untuk menghasilkan kulit yang lembut dan anjal.
3. Anti-penuaan dengan menggalakan penghasilan kolagen semulajadi dari dalam kulit.
4. Mencerahkan kulit.
5. Memudarkan bitnik-bintik hitam, kesan parut.
6. Meratakan tona kulit.
7. Memudarkan jeragat.
8. Menghilangkan kesan cela di wajah.

Haaa, banyak sangat-sangat kelebihan dan kebaikan bunga sakura. Tapi, tak semua product yang mempunyai bunga sakura tu kita boleh kata berkesan, dan bagus sebab apa yang lebih penting adalah keseimbangan formula dan peratusan ekstrak bunga sakura yang digunakan.

Di GIM Cosmetic, kita sentiasa pastikan peratusan bahan yang digunakan adalah untuk memberi kesan dan berfungsi untuk pengguna. Bukan hanya sekadar untuk dibanggakan di label, kotak dan jual sahaja. Pengguna sekarang sudah bijak memilih produk yang berkualiti, halal, diluluskan oleh KKM, dan dijamin berkesan!

Baiklah, sekian untuk kali ini. Jumpa lagi di next entry. Assalam.

 

#GimCosmetic

#MimiSharing

 

 

 

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *