Jom Kenali Sunblock !

Jom Kenali Sunblock !

Assalamualaikum dan hai semua. Ok, harini Mimi nak share sikit mengenai sunblock. Penting ke pakai sunblock ni? Jawapannya yes, penting sangat! Kenapa? Sebab kulit kita setiap hari terdedah dengan cahaya matahari, cahaya lampu, dan faktor persekitaran yang membawa kepada sinaran UV. Sinaran UV ni pula,ada banyak jenis. Tapi untuk entry ini Mimi kenalkan tiga sahaja dulu ya.

Jenis-jenis sinaran UV:
1. UVA = Longest wavelength, masuk jauh ke dalam kulit. Punca utama kanser kulit, penuaan,
kedutan, pigmentasi.
2. UVB = Medium wavelength, tak masuk ke kulit tetapi menyentuh dan memberi kesan sunburn,
kemerah-merahan, dan gelap.
3. UVC = Shortest wavelength, tak masuk ke kulit sebab tak sempat menyentuh kulit pun.

Haa, takut tak? Sebab tu lah penting sangat-sangat pemakaian sunblock ni. Jangan ingat bawah matahari je kena pakai sunblock, even kerja dalam office pun wajib pakai sebab cahaya lampu juga mengeluarkan sinaran UV yang merosakkan kulit ni. Kalaulah kita boleh nampak setiap satu wavelength sinaran UV tu, tentu kucar-kacir jadinya sebab semua orang nak mengelak dari terkena sinaran UV. Hehe

Lepas dah kenal UV, pening pula nak pilih SPF berapa nak pakai. Semua orang ingat semakin tinggi SPF, semakin bagus, lama, dan cukup perlindungan. Maaf cakap ya, sekarang zaman teknologi, maklumat dihujung jari. Mari Mimi bantu jelaskan. Sebelum tu, apa itu SPF dan PA yang kita selalu nampak di packaging sunblock tu?

SPF = Sun Protection Factor (nilai faktor kadar perlindungan based on calculation bagi sunblock untuk menghalang UVB sahaja) Sebenarnya, semakin besar nilai faktor, semakin lama tempoh masa bagi sesuatu sunblock dapat menghalang kulit kita dari sinaran UVB.

PA = Protection Grade for UVA. (indikasi kadar perlindungan khas untuk UVA) Semakin banyak symbol “+”, semakin bagus perlindungan dari sinaran UVA.

Contohnya:
1. SPF15 = Perlindungan dari sinaran UVB sahaja
2. SPF15 PA+ = Perlindungan dari sinaran UVA dan UVB
3. SPF15 PA++ = Perlindungan yang bagus dari sinaran UVA dan UVB
4. SPF15 PA+++ = Perlindungan yang sangat-sangat bagus dari sinaran UVA dan UVB.

Kesimpulannya, bukanlah SPF50 tu bagus dan SPF15 tu tak bagus. Kedua-duanya menjalankan tugas yang sama iaitu melindungi kulit kita dari sinaran UV. Hanya berbeza tempoh masa perlindungan sahaja. Jadi, kerana itulah kita disarankan reapply sunblock setiap 2-3 jam kerana kulit kita berpeluh, dan kita perlukan perlindungan 24 jam! Dan yang terakhir adalah, jangan lupa cari sunblock yang melindungi kulit dari kedua- dua jenis UV iaitu UVA dan UVB kerana siapa yang nak cepat tua kan? Hehe

Sekian sahaja sharing dari Mimi untuk kali ini. Jumpa lagi di next entry

#GimCosmetic

#MimiSharing

 

Designed by rawpixel.com / Freepik

 

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *