Hargai Kami Pengilang Kosmetik Yang Jujur

Hargai Kami Pengilang Kosmetik Yang Jujur

Gim Cosmetic setakat hari ni march 2018 telah mengeluarkan 463 jenis produk atau formulation kepada customer. Daripada jumlah ni, saya akan berurusan dengan lebih 200 orang produk owner yang mempunyai berbagai2 jenis perangai, ego dan kedudukan.

Saya ni manusia biasa yang cuba memuaskan hati semua pihak. Kalaulah produk owner bole tengok bagaimana pengorbanan pekerja saya bertungkus lumus menyiapkan produk anda, pasti anda sendiri tak sampai hati nak mintak bulan dan bintang sy rasa.

Pekerja saya semuanya muslim melayu kita ni dan mereka ni di kalangan ibu tunggal, ada yang penah didera oleh suami, ada yang dah umur hampir 50 tapi sebab nak sara anak2 terpaksa bekerja, ada yang terpaksa tido di tempat tunggu bas sebab xada duit nak bayar sewa umah di kl yg semakin mahal dan bermacam macam lagi kes.

Mereka sanggup bekerja bermati matian demi menyara hidup. Kalau botol foundation yang berat tu, sehari terpaksa angkut 50kotak kehulu dan kehilir demi menyiapkan produk2 produk owner.

Walaupun ramai rakan niaga saya nasihatkan saya supaya ambil pekerja asing seperti indon dan bangla, tapi buat masa ni insyaallah perjuangan saya masih sama.

Dulu masa sebelum saya setup kilang, saya pernah terdetik dalam hati kalau saya create peluang pekerjaan, sy nak tolong mereka yang susah dan struggle dalam hidup.

Sebab tu insyaallah saya kekalkan masih mengambil orang melayu kita walaupun terpaksa susah payah untuk mengajar mereka bekerja lebih rajin sama macam kualiti pekerja indon.

#HargaiKamiPengilangKosmetikYangJujur
#SokongLaKilang100PeratusMuslim
#KilangHalal100PeratusMuslim #GIMCosmetic

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *